Tuesday, June 03, 2003

Tanggal 2nd June, Bumi Melbourne meratapi kehilangan seorang yang telah membawa kita ke arah satu pembentukan individu muslim yang sebenar, ke arah satu matlamat yang besar yang mungkin tidak pernah kita fikirkan sebelum ini, membawa kita semua ke suatu daerah yang baru. Manusia yang ana suka gelarkan dengan gelaran ayah ini meninggalkan kita di sini, flightnya pukul 8.00 pagi tadi. Entah apa yang bermain di fikiran ana. Tergamam seketika, termenung seketika melihat wajahnya yang penuh dengan bayangan daei itu. Tidak pernah lagi ana jumpa manusia seperti ini seumur hidup ana. Hidupnya hanyalah untuk dakwah yang dia sendiri suka menyatakannya sebagai satu perniagaan yang takkan rugi. Ustaz pernah berkata, “Kalaulah enta boleh nampak apa yang ana nampak sekarang, enta akan kurang ketawa”. MasyaAllah, tahap pengorbanannya terlalu tinggi, sanggup meninggalkan apa sahaja, segala-galanya di dunia ini tidak penting. Negeri akhirat itu terlalu dekat buatnya.



Pergi tetap pergi, kita masih tetap dengan matlamat kita yang masih jauh. Agenda kita amat besar. Janganlah kita bersedih atas pemergiannya itu. Cukuplah hanya dikenang seketika jangan terbawa-bawa dalam duka. Memang ana akur ustaz terlalu banyak menumpahkan kasih sayangnya kepada kita semua, mana mampu dibalas hanya dengan lambaian terakhir dan sekadar ucapan terima kasih. Semoga kita diberikan istiqamah di atas jalan-Nya. Bukankah itu yang ayah mahukan? Teruskan perjuangan kalian. Dan ingatlah, biarlah setiap saat kita bernilai buat saham di akhirat sana. Faiiza faraq tafansob......



Apa lagi nak diungkapkan, mengenang kembali dalam tempoh bersama, begitu banyak ilmu yang dicurahkan dan diberikan, terlalu banyak untuk diungkaikan satu-persatu setelah ianya disimpul erat. Tamrin? Nadwah? Usrah? Jaulah? bbq? Semuanya itu telah digunakan sehabis-habisnya untuk menyedarkan semua hanya kepada pemahaman yang sebenar yang ustaz sendiri tidak mendapat apa2 ganjaran di dunia namun, ganjaran saham yang mana tiada saham yang lebih untung itu tampak jelas sesudah kepergiannya.



Entah apa lagi ana perlu beritahu kepada semua. Segala penyelarasan usrah, dakwah diaturkannya sendiri hari demi hari, tekunnya turun naik kereta berziarah kerana mahu semua dengar seruan yang pernah dibawa oleh Junjungan Nabi, itulah yang menjadikan ana begitu kagum dan mahu seboleh-bolehnya ustaz masih boleh menemani kita di sini lagi. Tapi timbul persoalan apakah dengan ketiadaannya kita akan berhenti di jalan ini. Tidak sama sekali, kerana jalan ini bukan kita turut kerananya, tetapi lebih daripada itu yaitulah kepada Penguasa langit dan bumi. Jalan dakwah di Melbourne akan kekal selamanya yang mana antum semualah asset yang paling berharga, insyaAllah.



Berusahalah sepenuh hati dalam exam mendatang, buatlah yang terbaik buat bukan sahaja diri kita tetapi memandang jauh buat agama dan jangan pula menjadi fitnah kepada jalan yang mana tiada jalan yang lebih mulia, jalan dakwah. Doakan kejayaan sahabat2 kita. Semoga Allah berikan kejayaan kalau kejayaan itu milik kita. InsyaAllah. Tapi andaikata kurang memuaskan janganlah medan mulia dipersalahkan dan antum tinggalkan. Semoga Allah beri istiqamah kita berada di atas jalan-Nya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home