Thursday, January 06, 2005

Ana sebenarnya tulis separuh blog ni masa kat Malaysia.. yang separuh terakhir ana tambah baru2 nih kat melbourne…

Ana bakal menjejakkan kaki ke melbourne semula esok. Berdebar-debar hati utk bertemu akhwat di sana kembali. Rindu pada mereka... sedih nak meninggalkan akhwat kat Msia juga. Tapi ana terpaksa melangkah pergi juga. Apa yg nak dikomen pasal Malaysia...

Masyarakat...oh masyarakat. Drivers kat Malaysia sendiri dah reflect orangnya. Bas lane pun masuk jugak... yellow line pun parking jugak.. malaysian drivers pun agak pentingkan diri bila nak kasi jalan utk drivers dari sebelah masuk ke lane. Kalau kat australia.. kalau kat zebra crossing tu, mesti oz drivers dah stopkan kereta sebaik saja pedestrian menjejakkan kaki atas zebra crossing tu, sungguhpun nun jauh di sana. Kalau kat Msia...zebra crossing tak macam zebra crossing langsung... kena tgk2 kereta jugak.

Tiba2 pula ana recall kisah ana apabila Nimbus breakdown dan terpaksa di tow ke rumah ana. Mungkin balasan Allah swt kepada kami sebab tak pelihara amanah. Akhirnya tak dapat juga kami belajar pada malam tu , sebab terpaksa selesaikan masalah kereta. Awal2nya niat kami spy urusan dimudahkan, so kasilah kereta kat adik2. Mmg sebelum ni nimbus dah breakdown beberapa kali dalam beberapa minggu yg terakhir, tapi alhamdulillah, setiap kali break down, boleh pula berjalan balik lepas panggil orang RACV. Agaknya diorang dah kenal sgt rumah ana bulan tuh... sampai bila ana panggil utk attendkan kereta yg breakdown harituh diorang tanya samada nimbus yg sama... heh.

Malam tu, adik2 pulak panggil... diorang kata nimbus breakdown kat sydney road. So terpaksa panggil orang RACV balik. Kami pun bergegas ke tempat kejadian utk menunggu org RACV dgn mereka...sesampai di sana, diorang pun ceritakan apa yg telah berlaku. Kebetulan nimbus breakdown dekat dgn sebuah pub... masa tu lampu merah... enjin nimbus mati dan tak dpt dihidupkan balik . Ramailah passer by yg lalu tolong tolak kereta ke tepi... dan kebanyakan daripada mereka keluar dr pub berdekatan. Dgn bau nafas alkohol... dan mata yg kemerah2an menandakan setengah mabuk.. diorang masih cukup civilised utk membantu seorang stranger yg memerlukan bantuan. Dan ada yg menghulurkan handset kepada adik2 utk menelefon kami sebab takde kredit... dan pakcik yg hulurkan handset tu pulak gaya2nya macam punk.. dan tidak jauh daripada tempat kejadian.. lalu seorang brother malaysia... berbasikal..bawak beg macam baru balik dari uni.. yg merenung sambil melewati tempat kejadian.. dan terus pulang ke rumah agaknya.

Sungguh hairan, dalam kemabukan masih terserlah sikap prihatin org ozzie nih. Mungkin itulah sebab Allah swt masih tak kurniakan org Islam sendiri tampuk pemerintahan dunia. Sebab sikap org islam sendiri, yg tidak mampu utk memegang tanggungjawab sebesar tu. Mungkin kita akan menyebabkan dunia lebih rosak daripada apa yg telah terjadi sekarang. Teringat pula Arafat yg telah mnyerahkan para pejuang palestin kepada orang yahudi selepas perjanjian Oslo, semata-mata sebab musuh menjanjikan kebebasan. Dan apabila di temuramah oleh wartawan, Arafat bersungguh2 mengatakan bahawa suatu hari nnt, palestin akan berjaya dibebaskan melalui perjanjian Oslo ini. Tapi lihatlah beberapa tahun selepas itu, beliau sendiri dipenjarakan dalam rumahnya. Sekarang, apa sudah jadi kat palestin.

Menyelesaikan isu Palestin, adalah menyelesaikan isu umat islam sendiri. Isu semangat jihad yang sudah pudar, dan isu berilahkan selain daripada Allah. Pejuang2 berani mati di Palestin, mengapa sampai sekarang mereka masih tidak mampu membebaskan Palestin?

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang utk jalanNya, dalam barisan yang teratur rapi , seolah2 mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. “ As Saff : 4

Di manakah umat Islam hari ini? Tidakkah mereka nak datang utk back up pejuang2 berani mati ini? Berpuluh2 juta tentera umat Islam, apakah yang menghalang mereka? General dan ketua2 politik mereka… “Bring them down, choose a leader who is sincere to the ummah!” kata2 Imam Al Aqsa semasa lawatannya ke Melbourne Uni tahun lepas.

Selama ini, saudara2 kita di Palestin telah dikhianati oleh umat Islam sendiri. Musuh takyah cerita, itu mmg kerja diorang. Umat Islam ada mata utk melihat keadaan umat sekarang, tapi mata hati mereka buta. Sehinggakan Arab Saudi dan Kuwait sendiri membenarkan US keluar masuk negara diorang sesuka hati waktu perang di Iraq. Dan ketika umat Islam sedang dibersihkan di Fallujah, para ulama approach ketua yg dilantik US di Iraq.. mengugut beliau utk menghentikan pembunuhan secara besar2an itu, kata para ulama "You will be judged about this in front of Allah." Jawab beliau selamba " We have tried our best, this is the last resort."

Ana nak quote kata2 Umar Al Khatab pula ketika beliau masuk Palestin utk mengambil kunci Palestin daripada Paus waktu itu. Itulah satu-satunya pertumpahan tidak berdarah dalam penyerahan Palestin kepada kuasa lain.
“Kami dahulu hina, dan Allah telah memuliakan kami dengan Islam. Sesungguhnya sesiapa yang ingin mencari kemuliaan selain Islam, maka Allah akan menghinakan mereka.”

0 Comments:

Post a Comment

<< Home