Thursday, January 20, 2005

Principles of Marketing
Consumer Behaviour


Perceptions are reality for the consumer and they determine behaviour.
Seluruh pandangan kita terhadap dunia merupakan persepsi semata-mata. Namun apa yang ingin kita lahirkan ialah persepsi melalui kaca mata Al Quran. Insan sering meletakkan unsur-unsur bumi sebagai neraca pertimbangan, seperti kekayaan, pangkat, kuasa... namun di sisi Allah...

"...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu.." Al Hujurat : 13

Al Quran adalah petunjuk sepanjang zaman. Akal manusia tidak mampu utk memikirkan sejauh tu. Kita hanya tahu nak fikir short run profits ajer yg menguntungkan diri. Sungguhpun ia akan sacrifice nilai2 kemanusiaan dan generasi seterusnya. The present economy yg berasaskan riba tu punbaru diperkenalkan in the 1910s. Economists sekarang tgh mencuba2 ajer cara terbaik utk kendalikan sesuatu ekonomi, dan kalau sistem riba ni tak berjaya, akan tukar sistem lain pula. Cara central bank kawal ekonomi negara adalah dgn mengawal interest rate. Kalau interest rate tinggi, jadi tak ramailah org pinjam duit dari bank utk buat investment. Jadi ekonomi pun slowdown. Kalau interest rate rendah, maka ramailah org nak buat loan utk buat investment dan ini akan boost ekonomi, tapi inflation akan berlaku di mana harga barang2 semakin mahal. (Shift rightward in aggregate demand, but constant supply, resulting in higher aggregate prices - maaf terlalu teknikal :) )

Namun subhanallah... beberapa dekad yg lepas, seorang ENGINEER yg bernama Phillips telah mengumpulkan data tentang inflation dan keadaan ekonomi beberapa buah negara utk jangka masa lebih kurang seratus tahun (dinamakan Phillips Curve sekarang..boleh rujuk di internet).. (boleh kira long run jugaklah)... dan analisisnya mendapati in the long run... sebenarnya sistem riba ini tidak akan membawa apa2 perubahan.. tapi cuma menjadikan harga2 barang lagi mahal ajer. Ekonomi yg di boostkan dengan merendah interest rate tidak mampu utk bertahan begitu lama.. dan akan kembali ke keadaannya yg asal dan hasilnya harga2 barang yg semakin meningkat sahaja. Sistem riba hanya berfungsi utk masa yang singkat sahaja..sesuai dgn kelemahan manusia yg tidak mampu berfikir di luar batas short term. Tapi kesimpulan golongan kafir ini adalah oleh itu central bank kena selalu letak interest rate tinggi agar inflation sentiasa dalam kawalan.Sesungguhnya, mata hati mereka buta. Mereka dipenjara dalam suatu kotak dan setinggi2 yg boleh mereka lompat adalah dalam kotak tu jugak...

“Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata-hatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya. “
Al Isra’ : 17

Itu yg ana belajar masa first year... baru2 ni pula ana belajar dalam ekonomi tentang wealth distribution seluruh dunia dari dulu sampai sekarang..dan nampaknya semakin ada gap antara yg miskin dgn yg kaya. Yg kaya menjadi semakin kaya..dan yg miskin tidak berubah status mereka. Itulah long run effect sistem riba...

Why do we perceive things differently?
Selective exposure - impact by experiences
Itulah dia.. bila kita berada dalam bi'ah yg tidak solehah.. experience yg telah kita di exposekan oleh...ia akan membentuk persepsi berdasarkan 'tarbiyyah' yg telah kita perolehi..
Dan apabila kita pernah melalui suatu experience yg begitu indah... Islam, maka persepsi kita pun akan berubah...

Islam akan beri the exact nilai material dan kemanusiaan that we need, tanpa berlebihan atau berkurangan, sehingga manusia yang beriman menguasainya, BUKAN DIA YANG DIKUASAI. Hanya sebab akal kita mampu menciptakan alat2 'mukjizat' seperti komputer, kapal terbang..kita merasakan bahawa kita sudah cukup pandai mencipta sistem kehidupan sendiri. Bayangkan sistem kehidupan merupakan suatu toy... dan tuan yg menciptanya ialah Allah swt. Dengan ilmu insan yg sedikit.. kita pandai2 pulak nak membaiki toy tuh.. sedangkan tuan punyalah yg menciptakannya dan tau segala kelemahan dan kekuatan yg ada.

The Adoption Process and the Product Life Cycle
The innovators are the first purchasers of a new product. Though they just consist of 3.5% of total consumers, these group of consumers are important as their opinion will influence the vast majority.Marketers have to appeal to them to get back their investment. Innovators are venturesome, willing to accept risk, socially aggressive and communicative.

Daie yang ingin mempromotekan product Islam pun kena cuba appeal kepada golongan2 innovators, yang berpotensi memastikan rantai dakwah tidak akan putus. Golongan innovators pertama Islam adalah 300 orang sahabat core yg berjaya dikumpulkan oleh Rasulullah saw yg berperang sewaktu perang Badar. Kerana innovators inilah Islam berjaya berkembang ke seluruh pelusuk dunia, dengan nasr Allah. Golongan inilah yang sanggup mengambil risiko, menerima Islam dalam keadaan ghuraba’ dan penentangan yg begitu hebat daripada kaum musyrikin Mekah. Maka sesuailah dengan harga product yg ingin dipromotekan, syurga.

Semoga ikhwah dan akhwat tsabat pada jalan ini, ketika Islam ghuraba’ kali kedua.

2 Comments:

At 9:40 AM, Anonymous Anonymous said...

Masyallah, one of your best entires yet. I love how your analytical mind thinks..Keep it up. -Nik

 
At 10:18 PM, Blogger RR said...

Jazakillah nik... miss u fillah :)

 

Post a Comment

<< Home