Wednesday, November 09, 2005

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " Al Fajr: 27-30
Teringat suatu analogi seorang akhwat baru2 ni. Mungkin frasa "jiwa yang tenang" suatu frasa yg skema... yg kita tak pernah ingin membayangkan atau merenung kembali apa maksud tenang itu. Dan kadang2 analogi yg simple boleh memberi kesan yg begitu mendalam... selama ini mungkin ada terminologi2 yg kerap digunakan dlm hidup kita telah menyebabkan kita ignorant tentang hakikat sebenar lafaz itu... tenang.. bagaimanakah tenang sebenarnya..
Bayangkan suatu kolam air... yg begitu tenang...tiada kocakan yg mengganggu ketenangannya.. jiwa mukmin yg sentiasa tenang... dan suatu ketika seseorang telah membaling satu pebble dalamnya... apabila pebble tu mula2 terkena surface kolam tuh.. berlakulah kocakan... namun.. apabila pebble itu sudah tenggelam dalam kolam itu... kolam itu kembali tenang semula... dan kocakan itu hanya pada permulaan...
Ada suatu hadis yg ada mengatakan "Bersabar itu adalah pada permulaan. " Pernah suatu ketika seorang sahabat bergurau dgn ana dan sengaja ingin membangkitkan rasa rebel.. tiba2 telah interrupt sebelum ana sempat rebel.... "Bersabar itu adalah pada permulaan." Manusia itu nasiya... dan perlu selalu diingatkan... kadang2 kita belajar byk teori islam tp bila time nak praktikkannya.. tiba2 semuanya gabrah.. mcm belajar teori engineering.. konon2nya dah pandai sgtlah tu.. tgk2 bila time praktikal tak reti nak buat...
tiba2 sahaja teringat pada pakcik dan kisah perubahan kiblat...huhu
Wahai sahabat...
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! "
Kita ingin kembali dalam keadaan redha dan diredhai... adakah jiwa kita seperti yg di describekan oleh Quran... jiwa yg tenang.. kriteria penghuni2 syurga...
Kadang kala Allah mentarbiyyah kita utk mencapai darjat utk membolehkan kita mendapat ketenangan seperti itu..
"Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu..." 3:153
Allah menimpakan kita kesedihan demi kesedihan.. agar kita tidak lagi bersedih.. dan sudah mampu tajarrud terhadap apa2 keindahan fana yg dunia bentangkan kepada kita..
Semoga sahabat semua istiqamah dalam ketenangan di saat kekalutan exam... :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home