Tuesday, August 23, 2005

Flashback...

Baru balik dari uni. Masih ada stamina utk baca buku lagi sungguhpun kelas sampai pukul 5pm hari ini. Ana mencapai buku ... dan mula membelek. Entah mengapa, tiba2 ana peka dengan keadaan di sekeliling. Sungguhpun rumah ini telah ana anggap sebagai rumah sendiri, dan menghabiskan masa hampir setiap hari di sini.. namun hari ini nampak lain.

Suatu topik tiba2 dibangkitkan oleh sahabat ana. Ana terdiam. Macam2 gambaran tiba2 sahaja muncul dalam kepala ana. Gambaran2 yg mengingatkan ana kepada zaman jahiliyyah. Ana begitu senyap sewaktu perbincangan topik berkenaan. Ana tidak sedar bila ia selesai. Fikiran ana masih melayang.

Teringat pula kepada suatu hadis.. hadis rasanya. Hadis itu mengatakan bahawa ada beberapa ciri orang yg mantap imannya..dan salah satu daripadanya adalah dia benci utk kembali kepada jahiliyyahnya, sebagaimana dia benci utk dicampakkan ke dalam api neraka.

Ya Allah, thabatkanlah ana di jalanMu..

Fikiran ana masih melayang. Ana tidak menghiraukan apa2 di sekeliling ana. Ana cuba menganalisa faktor2 yg contribute kepada zaman jahiliyyah ana... ana leka seketika.

Lamunan ada dikejutkan oleh bacaan surah Al Fajr. Hati ana tenang seketika sambil cuba menghayatinya. Itulah mukjizat Al Quran, sungguhpun ana tidak pandai berbahasa arab, namun ia masih memberi kesan di jiwa. Subhanallah..

Lamunan ana berhenti setakat itu sahaja. Ana kembali kepada membelek2 buku.. dengan suatu kesimpulan di minda. Tiba2 sahaja ana teringat kepada Khalifah Omar b Al Khattab. Sungguh tidak adil sekiranya kita menilai seseorang ketika zaman jahiliyyahnya.., buatlah penilaian dari saat hamba Allah itu menerima islam sepenuhnya.

2 Comments:

At 3:58 PM, Blogger ummu Ibrahim said...

salam rina..how's studies? bila rina nak balik malaysia?boleh kiter attached kat same company..my batch semua dah kerja and i'm not ready to face them alone..need support..nak dakwah mereka sorang2 seems sgt payah..tambah lagi with the environment yang tak menggalakkan..sometimes rasa down juga coz my parents keep ungkit yang my other frenz dah keje etc and i'm still studying (down...)

doakan ana tabah ok..

moga tabah hati tak berbelah bagi..wassalam

love,

kifana
ukm

 
At 9:58 AM, Anonymous Anonymous said...

This is very interesting site... http://www.vonagevoip4.info/Breastaugmentation.html beyonce knowles bikini photo http://www.efexor-venlafaxine.info/Lithium-and-venlafaxine.html Motorola c333 ringtones Hard to find circuit breakers dominant bbw http://www.erectile-dysfunction-4.info/impotence-aid-panties.html luxury car rental orlando florida Salt cholesterol crestor lipitor dosing walnut creek skin care

 

Post a Comment

<< Home