Sunday, January 30, 2005

Berilah peringatan buatku yang kealpaan
Kejutkanlah diriku daripada lamunan kesilapan
Kerana suatu peringatan
Nasihat, panduan dan teguran
Amat berguna kepada insan nan beriman

Beri peringatan untukku dan untuk semua
Agar ku tak tersasar ke dalam lembah kejahilan
Alamilah luahan isi hatiku yang kekosongan
Alamilah rasa di jiwaku yang kesepian...kawan

Bukankah engkau khalifah
Di muka bumi membawa risalah
Kebenaran dan peringatan..seluruh insan

Alami suasana irama
Hatiku yang syahdu
Agar kau memahami rahsia
Yang terpendam di kalbu
Selamilah diriku yang sesungguhnya amat memerlukanmu
Oh sahabatku...


wahai sahabat.... apabila aku hilang pedoman
nyalakanlah utkku obor kebenaran
andaikata diriku tidak tahu hala tuju, bimbinglah aku...
mungkin aku terburu-buru..
janganlah engkau biarkan diriku terus melangkah..
sedangkan kau tahu pilihanku salah...
engkau tahu rukun usrah..
rukun tafahum... maka gunakanlah...
usah kau ragu, usah kau mengalah
usah kau rasa bersalah
teruskanlah memberikanku peringatan..
sesungguhnya diriku amat memerlukan..
teguran kasih seorang insan..
teruskanlah wahai teman...
teruskanlah memberiku harapan...

Ukhuwwah fillah
Insan alpa






0 Comments:

Post a Comment

<< Home