Wednesday, August 31, 2005

Kata-kata Zainab Al Ghazali...

Eric Bae memberi masa kepada kelas utk berbincang soalan tute sama2 sebelum dia suruh present. Ana terus menggapai buku "Hari-hari dalam hidupku" dalam poket jaket ana. Handy sungguh buku kecil tu, boleh dimuatkan dlm poket. Boleh baca bila2.

Ketika semua orang tgh sibuk membincangkan soalan2 tute, ana sibuk pula menghayati buku berkenaan. Bukannya ana malas...ana dah siapkan soalan2 tute sblm masuk kelas... …ana sudah siap print program code dan bawa ke tutorial.

Dada ana sebak dan hampir mengalirkan air mata ketika membaca kata2 Zainab Al Ghazali kepada suaminya.

Zainab Al Ghazali: Ketika kita sepakat utk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yg saya katakana kepadamu tempoh hari?

Suami: Tentu saya ingat, kau majukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang saya khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan si zalim itu (Jamal Abdul Nasser).

Zainab Al Ghazali: Saya masih ingat benar apa yg saya ucapkan kepadamu, iaitu:

Engkau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana engkau sudah menyatakan persetujuan utk mengahwiniku, maka wajiblah aku utk mngungkapkan kepadamu dengan harapan agar engkau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu. Tanggungjawab berat yg aku pikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jemaah Assayyidat Al-Muslimat.

Saya yakin sekali akan kebenaran misi IM, hubungan saya dgn Mustafa An-Nahhas Basya hanyalah persahabatan peribadi saja. Namun dengan Hassan Al Banna saya sudah menyatakan baiah utk rela mati di jalan Allah. Dan saya tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Saya yakin bahawa mmg suatu waktu saya akan jauh melangkah di medan dakwah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri. Dan apb yg demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang dakwah dan rintangan utk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.

Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu. Lalu kamu berkata , “ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”. Namun saya tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yg biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang saya utk menunaikan tugas di jalan Allah….

Sebelum tewasnya Hasan Al Banna, aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang dakwah. Dan kini bukanlah maksudku utk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya utk meminta syarat darimu agar engkau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahidin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan. Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yg sudah menyerahkan dirinya utk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara islam yg sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan bertembung dengan kepentingan dakwah kepada Allah, maka perkahwinan akab erhenti dan kepentingan dakwah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…”

Apakah kau masih ingat?

Suami: Ya.

Zainab Al Ghazali: Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jagan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi amtara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik amalku ini.

Aku menyedari bahawa memang hakmulah utk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung.



Subhanallah.. kata2 Zainab begitu menyentuh hati ana.. menaikkan semangat jihad..
Sehinggakan ana dapati diri ana membaca kata-kata agungnya itu berulang2 kali .. dan sampai sekarang ana masih tidak puas lagi membacanya. Ana pun bercadang utk berkongsi dengan sahabat2 ana kata2 agung ini… =)

6 Comments:

At 10:51 PM, Anonymous Anonymous said...

zainab al-ghazali..seorg wanita yg xkurang hebatnya dgn para sahabiyah...smoga ALLAH menerima rohnya dgn penuh keredhaan dan smoga pemergian seorg wanita bernama Zainab al-Ghazali diganti ALLAH dengan beribu-ribu mujahidah lain...n smoga kita termasuk dr kalangan mereka yg meneruskan perjuangan ini~ :)

 
At 9:13 AM, Blogger Wani Z said...

jazakillah for sharing the information, sister

 
At 1:26 PM, Anonymous Anonymous said...

jazakillah for sharing this information, princess

 
At 3:54 PM, Blogger salwabee said...

sgt menyentuh hati.. ku kagum dgn semangat jihadnya. moga dia tergolong dlm golongan tertinggi di sisi Allah..

 
At 12:24 PM, Anonymous Anonymous said...

moga2 kita semua dapat ikut jejak langkahnya insya allah..

 
At 5:41 PM, Blogger Ummu Afeera said...

ana ada gak buku hari2 dlm hidupku...ana pernah cuba baca dulu...namun baru skrg ana mampu menyelesaikan pembacaan ana...begitu hebat wanita ini...namun sayang, buku yang ana ada...telah hilang beberapa pagenya...ana masih ingat lagi, seorang teman mahu meminjam buku tersebut...dan ana membenarkannya..namun x lama dia meminjam buku tersebut...dia memulangkannya kembali..bila ana tny...dia ckp, dia trauma membaca buku tersebut...sememangnya benar kata2nya...riwayat hidup zainab alghazali penuh dgn liku2 sebagai seorang mujahidah...moga kita juga mampu menjadi spt beliau...

 

Post a Comment

<< Home