Thursday, April 13, 2006

Kerana Ukhuwwah Kita Fillah

Ya Akhawati Fillah,
Di medan ini kita bertemu
Tersimpulnya hati di bawah kasih Ilahi,
Terikatnya kalbu senantiasa disulami rindu
Simpulan terindah yang pernah kualami
Ikatan yang tak pernah ku duga akan kutemui

Titisan keringat ditatangi hikmah
Titisan air mata dinaungi thiqah
Dada dilapang atas segala resah
Hati dikorban mendahului ukhwah
Mendiaik peribadi,,menjiwai tarbiyyah
Namun ku akui, bukannya mudah.

Ya Akhawati fillah,
Langit tidak senantiasa cerah
Namun mendung pasti kan jua bearak lalu
Diriku, dan dirimu, hanya insan biasa
Punyai fitrah, punyai kelemahan
Kita tidak sempurna...
Tapi kita istimewa...
Kerana kita menjunjung risalah
Kerana kita menjinjing qudwah
Kerana Islam kita ‘izzah

Ya Ukhti fillah,
Ukhuwwah kita mmang indah,
Namun ukhuwwah ini lebih payah
Menuntut pengorbanan
Menggugat kesabaran
Menduga iman

Kerana ukhuwwah kita fillah
Akan ada yang menghembus pada simpulan
Akan ada yang membisikkan zhan
Akan ada yang mencetuskan kedengkian
Akan ada yang mengambil kesempatan
Maka peliharalah simpulan ini setulus hati
Andai ada hak yang dikata, tunaikanlah...
Andai ada syubhah di hati, leraikanlah...
Andai ada dengki dendam membara di jiwa, padamkanlah...
Andai ada maaf yang perlu dipinta, pohonlah...
Andai ada maaf yang perlu disambut,, hulurkanlah...
Kerana kita bukan sempurna
Namun kerana ukhuwwah kita fillah

Ya Akhawati Fillah,
“Tidak benar-benar beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
Kuharap masih panjang waktu untukku tunaikan hak terhadapmu
Kuharap masih panjang waktu untukku gembirakan dirimu
Kuharap masih panjang waktu untukku zahirkan kasihku
Namun tidak kutahu bila
Andai sesudah ini, lisanku tidak boleh berkata lagi
Andai sesudah ini dadaku tidak berombak lagi
Andai sesudah ini nafasku bukan milikku lagi
Atau mungkin saat ini,
Ku ingin dirimu tahu..
Inni uhibbukum fillah abadan abada...
Kerana ukhuwwah kita fillah...

1 Comments:

At 9:12 PM, Anonymous Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

 

Post a Comment

<< Home