Monday, June 07, 2004

Untuk sahabat karibku.... Maafkanlah diriku sekiranya melukai hatimu tanpa disedari. Bertemu dan berpisah itu sunnah Ilahi. Aku redha atas segala yang terjadi. Nasihat ini untukmu dan untukku jua..sungguhpun aku lebih berhak kerana hidupmu di sekelilingnya. Teruskan bekerja..teruskan bekerja.. teruskan bekerja...

Sahabat yang ku kasihi


Sahabat yang kukasihi
mengapakah engkau menyepi..
walau ku tahu ukhuwwah yang dicipta
antara kita berdua
adalah lillahi ta'ala
namun benarkah
sehingga kini diriku dibiar sahaja
namun kutahu
maksudmu bukan begitu
keadaan telah memaksa
aku menjadi mangsa

sahabat yang dikasihi
mengapakah engkau menyepi
diriku merinduimu
namun jika diberi pilihan
antara persahabatan dunia
dan ukhuwwah berdasarkan
agama ikatan
maka Allahlah pilihanku
dan aku tahu
itu juga pilihanmu

Sahabat yang ku kasihi
mengapakah engkau menyepi
aku telah menjumpai
persahabatan dan ukhuwwah ilahi
dalam dirimu ukhti
dan ikatan ini
menjadi lebih bererti
tetapi kau telah menyepi.

Sahabat yang kukasihi
mengapakah engkau menyepi
mungkinkah kita diciptakan
menghadapi situasi berbeza
kau sudah lama mengerti
sedangkan
diriku baru mengenali
namun tindakanmu ini
membuatkanku kurang pasti.

Sahabat yang ku kasihi
sungguhpun kau menyepi
biarlah diriku ungkapkan kata-kata ini
inni uhibbuki fillah
"Saya menyintaimu kerana Allah"
bertemu dan berpisah keranaNya
begitulah permulaan kita
aku berharap begitu jualah
pengakhirannya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home