Tuesday, October 26, 2004

Kisah Semut..

Peringatan penulis: Cerita ni hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan apa-apa yang wujud di alam ini sekalipun..cuma secebis kisah rekaan untuk peringatan kita semua...


Al kisah di satu bandar yang mewah tinggal seorang budak yg berasal dari keluarga yang berada. Rumahnya besar dan mempunyai tersangatlah banyak bilik. Lalu budak ni pon mengambil satu bilik yang tidak digunakan dalam beribu-ribu bilik dirumahnya ni, lalu meletakkan dua ekor semut di dalamnya, dan berpesanlah budak itu kepada semut2 itu, katanya " tinggallah kamu di bilik ini dan ikutlah apa yg aku dah bagitau dan jauhilah larangan2 ku sehingga pintu bilik ini aku buka semula. Lalu dikuncinya bilik itu rapat2. setiap tiga hari dia akan on lampu dalam bilik tu dan tiga hari laginya lampu akan di off, dan begitulah seterusnya.maka tinggallah dua ekor semut itu di dalam bilik itu...



Lalu beranak pinaklah dua ekor semut ini sehingga menjadi tersangat ramailah anaknya. Walaupon kedua ekor semut yang awal tadi pernah hidup di luar bilik, iaitu di dunia yang Maha Luas ini, tidaklah ia dapat menceritakan kesemua perihal dunia itu kepada anak2nya yang sangat ramai itu. Lalu hiduplah semut2 yg ramai itu dengan pengetahuan yang dunia mereka hanyalah bilik itu,, yg pada seekor semut, sangatlah besar bilik itu. Pada pandangan semut itu, apabila lampu di buka(tiga hari), adalah waktu siang dan apabila lampu ditutup (3 hari juge) adalah waktu malamnya. Maka semut2 itu pon mencipta masa perkiraannya berdasarkan jangka waktu lampu2 itu di on dan di off. Dan apabila semut2 itu menjumpa laptop didalam bilik itu, ramai di antara mereka akan berkata, ini terjadi dengan sendirinya, kerana tidaklah ia pernah melihat laptop itu dicipta oleh manusia. Walhal akan ada sekumpulan semut yang berfikir akan mengetahui yang tidak mungkin laptop ini akan terjadi dengan sendirinya...


Setelah hidup begitu lama, semut2 ini terasa perlunya panduan untuk hidup. lalu mereka mencipta satu ideologi dan pegangan yang boleh memandu hidup mereka. mereka menamakan ideologi ini sempena ketua-ketua puak mereka, pengasas ideologi mereka dan juga nama kaum semut yang memegang ideologi itu. Dan mereka sangatlah berbangga kerana berjaya mencipta satu ideologi yang boleh mereka berpegang kepadanya. Ketika ini hanya tinggal sedikit sahaja semut yang masih mengingati pesanan dua ekor semut yang mula2 tadi.Lalu setelah sampai satu ketika, budak ini terasa yang semut2 ini telah terlalu rosak hidup mereka. Lalu ketika satu masa dimana semut2 lain tidak perasan,, dia menculik seekor semut yang amat baik sifatnya ini, lalu dibawa keluar dari bilik itu. Apabila melihat sendiri akan wujudnya dunia di luar bilik itu dan wujudnya budak itu serta wujudnya manusia, Keyakinan semut ini terhadap pesanan moyangnya bertambah kukuh. Ketika ini, semut ni sudah sedar akan kemampuan dan kehebatan manusia jika dibandingkan dengan semut2 di dalam bilik itu. Lalu berpesanlah budak ini kepada semut itu, " Akulah tuan kamu dan tuan nenek moyang kamu, patuhilah arahanku dan jauhilah laranganku sehingga satu masa di mana aku akan membuka pintu ini. Ketika itu sapa yang mengikut arahan akan aku kurniakan nikmat yang tak pernah kamu merasainya ( gula setinggi 8 meter), dan sapa yang melanggar arahan akan aku bakar dalam tempat barbeque." lalu diserahkan satu buku panduan kepada semut ini. Didalam buku panduan ini terkandung arahan dan larangan serta perihal dunia luar dan kehebatan manusia2 yg hidup di dunia luar. Semut ini telah berpeluang melihat gula setinggi 8 meter itu dan telahlah ia dapat melihat tempat barbeque tu. Maka yakinlah ia,, kalau budak itu nak membakarnya, amatlah mudah ianya dapat dilakukan. Lalu pulanglah semut ini kepada kaumnya.



Sepulangnya kepada kaum semut itu, ia mulalah menyeru semut2 lain supaya mematuhi arahan2 budak tadi. Berceritalah semut ini perihal gula setinggi 8 meter dan perihal tempat barrbeque yang menanti mereka. Tetapi bagi semut2 lain yang tidak dapat melihat benda2 itu,, dikatakannya semut ini penipu, gila dan sebagainya.Mustahil kata mereka ada dunia selain dari bilik ini(kerana mereka tidak pernah melihatnya). Hanya beberapa semut sahaja yang menuruti seruan semut tadi. Kerana keyakinan semut tadi terhadap dunia di luar bilik itu yang menantinya, dia pun beribadah siang dan malam, sentiasa melakukan kebaikan sebab dia tahu tuan dia ada letak kamera dalam bilik itu. sentiasa memerhatikannya. dan berterusanlah dia menyeru semut2 lain kepada kebaikan dan melarang mereka berbuat kejahatan. tetapi sedikit sekali mereka mendengarinya. Ada ketikanya, ketika seruannya tidak berhasil, menangislah semut ini kesendirian. Mase tu, budak tu dan rakan2 nya sedang melihat semut tadi melalui kamera tertutupnya. Maka terasalah hibanya budak ini dan rakan2nya bagi pihak semut tadi dan turutlah menitis air mata mereka. Lalu budak ni mengirimkan sepucuk surat kecil, katanya " Janganlah kamu bersedih hati, sedangkan kamu tahu kamu dijalan yang benar, dan setiap sesuatu itu ada balasannya". Mendengar janji tuannya ini, hilanglah hiba hati semut ini,, lalu teruslah ia berkerja menyeru semut2 yang lain ke arah kebenaran, tanpa sebarang keraguan dihatinya...



Sejam sebelum pintu bilik itu dibuka, semut tadi terus menyeru rakan2 nya supaya mengikut kata2 tuan tadi. tetapi tidaklah mereka mengikutinya. Teruslah mereka menjalani hidup mereka yang sia2, menonton anime, bersembang2 tanpa mengetahui SEJAM lagi mereka akan dibakar didalam tempat barbeque tadi,sedangkan semut yang mereka anggap gila tadi akan dapat gula setinggi 8 meter. Tidakkah sedih kita melihat semut2 ini? Sudah tentu dihati mereka,, mereka bersangka mereka akan hidup selama-lamanya, sampai mereka mati. Tapi kalau budak itu berkata dia nak buka bilik itu sejam lagi, siapa yang dapat menghalangnya? Kan bilik itu kepunyaannya?



Pengajaran:
1)Sebuah bilik itu adalah sangat insignificant bagi budak yg mempunyai beratus2 bilik dirumahnya.Jadi jika semut2 itu patuh atau tidak kepada arahannya, tidaklah ia rugi sesen pon. Bukankah budak itu terlalu amat kaya?
2) Sebagai manusia, kita akan berkata. Bodohlah semut2 yang mengatakan laptop itu wujud dengan sendirinya sedangkan kami(manusia) yang menciptanya. tidakkah begitu?
3) Apabila kita dibesarkan di dalam satu ruang, kita tidak akan dapat imagine ruang yang diluar ruang kita ini. Dapatkah semut2 tadi meng imagine taman tema sebesar sunway lagoon sedangkan seumur hidupnya, ia hanya bermalam dan siang di dalam bilik tadi. sejak LAHIR???
4) Budak itu sentiasa memerhatikan semutnya melalu closed circuit camera yang dipasangnya. Maka beruntunglah semut yang mengikut arahannya. Dapatlah mereka makan gula sepuas puasnya. 8 meter. Byk Tuu... dan amat rugilah sapa yang berdegil.
5) Fikirkan. Siapa yang lebih bijak. Semut yang mengikut arahan tuannya OR semut2 yang mendustakan semut yang diculik tadi? Tidakkah bodoh memilih dibakar sedangkan mereka boleh berehat memakan gula setelah pintu itu dibuka nanti?
6) Bukankah sebab ceteknya ilmu semut tadi terhadap dunia luar bilik itu, adalah sebaiknya bagi mereka mengikuti semut yang diculik tadi dan mengkaji buku panduan itu habis-habisan? Tidakkah begitu?

Saturday, October 16, 2004

Siapa


> > Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

> > Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

> > Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

> > Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.> > Siapakah orang yang rugi?Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

> > Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

> > Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

> > Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

> > Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Tuesday, October 05, 2004

Text di bawah dipetik daripada sebuah text orientalis.. pandangannya tentang Shaque.

There is no doubt that this man practiced what he preached. He taught Islam from his jail cell and refused to do otherwise, even though it cost him his life.... It is reported that when Shaque learned of his fate, a smile appeared across his face. In this smile, Shaque illustrates the greatest danger of radical Islam. Whether by combat, execution, or suicide, death for Islam is a joyous victory in itself.

Namun, terdapat beberapa pandangan daripada beliau yang boleh diaccept oleh mereka apabila Shaque berbicara pasal Islam... text di bawah mungkin petikan daripada Shahadatul Haq...

"La ilaha illa Allah" ("There is no god except Allah").
However, Shaque asserts that this confession (syahada) means nothing unless it is followed by its practical consequences. Shaque claims that this confession of faith implies a full submission to God that has no bounds, for "In truth, God’s guidance is the only guidance" (Qur’an 6:71). In his submission, man should implement the way of life God has sent to man through Muhammad, the Qur’an, and its laws. Through these means, Shaque believes that God has provided man "divine guidance concerning everything…including faith, morals, values, standards, systems, and laws."In other words, God has provided him with a system of life. If a man is obedient to this system of life, he will never do something that is prescribed outside of God’s guidance. When he follows his own desires or the guidance of other humans, he obeys himself or another person. For a Muslim, obedience is worship. Because obedience belongs to God alone, to do anything outside of God’s guidance would be to worship another deity. To worship another deity through your actions would thereby falsify a confession of "La ilaha illa Allah."


The Qur’an commands men to live a public life that is fully Islamic. Public life must be Islamic because it involves fellow men, and a Muslim should treat his fellow man with dignity. Because Islam offers the only system of life that fully respects man’s dignity, it should govern relationships between all men. By proclaiming that there is no other God and submitting to His guidance in public and private affairs, a man commits himself to the worship of God alone. Shaque believes that this full submission is the only way to truly accept Islam and reject jahiliyyah.



Sunday, October 03, 2004

Kemenangan


Semua kita mengetahui bagaimana jamaah Rasulullah [saw] yang kecil lagi tertindas diMekah, dengan berkat kesabaran, tsabat, dan kesediaan mereka untukberkorban dengan harta dan jiwa, akhirnya dimenangkan oleh Allah [swt],mengalahkan musyrikin, Yahudi, Parsi (Empayar Timur) dan Rum (EmpayarBarat) pada waktu yang singkat. Ini kerana kemenangan adalah datang dariAllah [swt], setelah sempurna sebab-sebabnya seperti iman yang benar, azam yangkuat dan pengorbanan yang tinggi dalam apa jua bentuk.


Hendaklah kita meletak tinggi harapan kita dalam sanubari. Sesungguhnyaapabila kita iltizam dengan jalan Rasulullah [saw] maka akan datang kemenangan untukkita mengatasi seluruh musuh-musuh, seperti yang telah dicapai olehorang-orang Islam yang terdahulu dari kita. Ini adalah sunnah Allah [swt], dansunnah Allah [swt] tidak akan berubah.

[skh.mustafa.masyhur]