Monday, December 12, 2005


Hadiah Nobel atau Hadiah Boneka?

Click Link: Nobel laureate says outlaw nuclear arms like slavery

Salah satu petikan...

"The IAEA has been at the heart of efforts to resolve an international dispute with Iran over its nuclear programme, which Iran says it is entitled to develop for energy purposes but which the West suspects is aimed at producing a bomb. "

Seorang muslim telah diberi hadiah nobel disebabkan usaha2 beliau utk limitkan penggunaan nuclear. Iran, sebuah negara yg majoritinya orang islam telah dikecam hebat kerana pemilikannya, sedangkan negara yg paling brutal dan memiliki nuclear, Israel, tidak disebut langsung. Dan yang sedihnya, penerima nobel price ini adalah seorang muslim.. "U.N. nuclear watchdog chief Mohamed ElBaradei." Ghuzwul fikr betul..org barat menjadikan kita sebagai boneka dalam menghapuskan nuclear weapons di negara islam sendiri, sedangkan mereka senyap2 melindungi israel...

Click link: ISRAELI NUCLEAR THREATS AND BLACK MAIL


"Arabs may have the oil, but we have the matches."

Maksudnya, orang2 Arab memiliki minyak, tetapi kami (Israel) memiliki mancisnya.

Kata2 ini telah diungkapkan oleh pemimpis Israel Ariel Sharon yang dilaknat Allah swt.

In anti-nuclear activist John Steinbach's year 2000 lengthy article Israeli Weapons of Mass Destruction: A Threat to Peace Steinbach makes a good case for making Israel nuclear weapons central to nuclear disarmament.

Many Middle East Peace activists have been reluctant to discuss, let alone challenge, the Israeli monopoly on nuclear weapons in the region, often leading to incomplete and uninformed analyses and flawed action strategies. Placing the issue of Israeli weapons of mass destruction directly and honestly on the table and action agenda would have several salutary effects.

First, it would expose a primary destabilizing dynamic driving the Middle East arms race and compelling the region's states to each seek their own "deterrent."

Second, it would expose the grotesque double standard which sees the U.S. and Europe on the one handcondemning Iraq, Iran and Syria for developing weapons of mass destruction, while simultaneously protecting and enabling the principal culprit.

Third, exposing Israel's nuclear strategy would focus international public attention, resulting in increased pressure to dismantle its weapons of mass destruction and negotiate a just peace in good faith.

Finally, a nuclear free Israel would make a Nuclear Free Middle East and acomprehensive regional peace agreement much more likely. Unless and until the world community confronts Israel over its covert nuclear program it is unlikely that there will be any meaningful resolution of the Israeli/Arab conflict, a fact that Israel may be counting on as the Sharon era dawns.

Ini cuma pendapat seorang non muslim tentang hal ini.. bahawa peace hanya mampu dicapai sekiranya israel sendiri yang melucutkan penggunaan nuclearnya. Ana cuma nak menunjukkan komplot orang barat sebenarnya dalam bab senjata nuclear nih dalam artikel di atas. Tapi, kita sebagai orang islam janganlah tertipu dgn pendapat yang cetek ini.. kesejahteraan yang hakiki hanya mampu dicapai sekiranya Islam tertegak di muka bumi ini..

Allahu Akbar!

Mujahadahlah sahabat-sahabatku...innallaha ma'ana...


Berangkatlah kamu sama ada dalam keadaan ringan atau berat, dan berjihadlah kamu dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Itulah yang terbaik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui 9:41




Mujahadah seorang mujahid... Hassan Al Banna.. dipetik daripada bukunya "Detik-detik Hidupku"

Pada hari perhimpunan itu, saya telah jatuh sakit secara mengejut. Tekak saya berasa sangat sakit. Saya menjadi begitu lemah sekali sehingga saya berbaring di sepanjang perjalanan ke Ismailiah.

Doktor sekolah, iaitu Dr. Muhammad Bik Sadiq berkata kepada saya, ‘Kesihatan awak akan tergugat andainya awak mengembara pada siang hari dan bersyarah pada waktu malam nanti. Dalam keadaan apa sekali pun, awak dilarang dari bersyarah.’ Nasihat doktor itu saya ketepikan dan saya pun terus pergi ke Pusat Ikhwan di Pelabuhan Sa’id dengan keretapi. Saya terpaksa menunaikan solah maghrib cara duduk kerana terlalu lemah. Selepas solah maghrib, satu perasaan ganjil menyelubungi diri saya. Terfikir saya betapa gembiranya para anggota Ikhwan Pelabuhan Sa’id ketika itu. Mereka telah meletakkan harapan yang tinggi kepada perhimpunan itu. Mereka telah menyusun perhimpunan tersebut dengan menghadkan perbelanjaan peribadi mereka sendiri. Mereka juga telah bersusah payah menjemput orang ramai menghadiri perhimpunan tersebut. Kemudian saya bertanya kepada diri saya sendiri, ‘Patutkah saya merosakkan majlis mereka itu dengan mengatakan saya tidak sihat dan tidak boleh bersyarah?’

Saya merasa terharu memikirkan perkara ini dan hal ini telah membuat saya menangis. Saya berkeadaan begitu sehinggalah masuk waktu solah Isyak. Saya terus menangis di hadapan Allah dan berdo’a kepada-Nya agar memberi kekuatan untuk melaksanakan tugas itu. Tiba-tiba saya dapat merasa tenaga saya kian pulih. Saya bersyukur kepada Allah dan menunaikan solah Isyak seperti biasa. Masa untuk menghadiri majlis perhimpunan itu pun tiba. Acara dimulakan dengan pembacaan Al- Quran. Kemudian saya bangun untuk berucap. Apabila saya mula berucap, saya tidak dapat mendengar perkataan-perkataan yang saya ucapkan. Tiba-tiba tenaga saya pun kian bertambah dan akhirnya saya berasa pulih sepenuhnya. Suara saya pun semakin jelas dan kuat sehingga dapat didengar di dalam dan diluar kawasan itu. Waktu itu tidak ada pembesar suara. Suara saya menjadi begitu tajam sehingga saya rasa cemburu kepada diri saya sendiri. Perhimpunan itu pun berakhir dengan penuh kejayaan. Ucapan saya tadi memakan masa lebih dari dua jam. Sakit tadi, yang datang pada setiap tahun, telah berhenti dari berulang melainkan di waktu cuaca yang luar biasa sejuknya atau ketika saya bekerja terlalu lebih. Sesungguhnya ini semua adalah rahmat dan kasih Allah yang Maha Besar; yang merestui usaha-usaha Ikhwanul Muslimin Pelabuhan Sa’id.




Infiruu..!

Tuesday, December 06, 2005

kaki-kaki ini telah pun menjejakkan kaki di bumi Malaysia selama seminggu...
ke mana-mana sahaja ku menoleh pandanganku...
kesedihan demi kesedihan melanda...
namun akanku cuba mengubah kekalutan ini...
kepada kesejahteraan yang hakiki...
menjadi damai segalanya..
di bawah naungan bendera kesejahteraan...
sehingga neraca setiap insan..
adalah neraca Al-Quran..
suatu kehidupan yg hakiki..
kehidupan yang lebih bererti.

"Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan"

“Orang-orang yang beriman hanya orang2 yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan berjuang (berjihad) dengan harta dan dirinya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar." AlHujurat:15