Sunday, February 06, 2005

The Pencil Maker took the pencil aside, just before putting him into the box. There are 5 things you need to know, he told the pencil, before I send you out into the world. Always remember them and never forget, and you will become the best pencil you can be:

One: You will be able to do many great things, but only if you allow yourself to be guided by Someone's hand.
Kemampuan manusia terbatas, dan hanya tertakluk kepada izin Allah swt. Akal dan kudrat manusia mempunyai limitation tersendiri, dan hanya mampu memikirkan manfaat2 jangka pendek sahaja. Allah swt Maha Mengetahui kelemahan manusia, kerana Dialah yang telah menciptakan mereka dgn sebaik-baik ciptaan - dan utk complement kelemahan manusia, maka diturunkan olehNya Al Quran sebagai petunjuk sepanjang zaman. Apabila manusia melihat dunia melalui kaca mata Al Quran, maka pandangan mereka akan menjadi luas, seluas-luasnya. Mereka dapat melihat the past, present and future - dan hidup mereka bukan setakat pergi uni, balik rumah, makan, tidur, etc. Mereka akan mengerti bahawa dunia ini bukan penghujungnya, hanya merupakan ladang akhirat. Apa yang ditanam di dunia, hasilnya pasti dapat dituai di akhirat nanti. Maka kerjanya akan difokuskan kepada akhirat, kerana di situlah tempat berehat yang sebaik-baiknya.

Say: "If ye do love Allah follow me: Allah will love you and forgive you your sins for Allah is Oft-Forgiving Most Merciful."


Two: You will experience a painful sharpening from time to time, but you'll need it to become a better pencil.
Kita memohon kekuatan dari Allah swt, maka Dia timpakan ujian demi ujian sebelum mengurniakan quwwah. Kita memohon kegembiraan, maka dikurniakan kita kesusahan, sebelum merasai kesukaan. Kita memohon Allah mempermudahkan sesuatu kesukaran, maka dikurniakan kemudahan itu selepas jiwa diseksa dan terasa terhimpit oleh kesukaran.

"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Al Insyirah :6)

Sesungguhnya manusia seringkali melampaui batas..

Adapun manusia apabila Rabbnya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: "Rabbku telah memuliakanku". (QS. 89:15)

Adapun bila Rabbnya mengujinya lalu membatasi rezkinya maka dia berkata: "Rabbku menghinakanku ". (QS. 89:16)

Berbahagialah orang2 yg bersabar, iaitu apabila ditimpa musibah, dia bersabar, dan apabila ditimpa ujian berupa nikmat, dia bersyukur.

Be sure We shall test you with something of fear and hunger some loss in goods or lives or the fruits (of your toil) but give glad tidings to those who patiently persevere. (2:155)


Three: You will be able to correct any mistakes you might make.
Pintu taubat masih terbuka, selagi matahari masih belum terbit dari barat. Setiap insan pasti pernah dan masih melakukan dosa, dan sebaik-baik pendosa adalah mereka yang bertaubat. Asset kita bukanlah semalam, sebab nasi sudah menjadi bubur. Asset kita bukanlah esok, kerana esok belum tentu milik kita. Seringkali kita dibisikkan oleh syaitan agar menangguhkan sesuatu usaha baik sehingga esok... namun siapakah yg memberi kita jaminan bahwa esok masih ada. Asset kita adalah pada hari ini. Today is our day. Let's not procrastinate, before it is too late. Sebelum kita berjumpa dengan Allah swt dan mengadu..

"Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini". (QS. 89:24)


But without doubt I am (also) He that forgives again and again to those who repent believe and do right who in fine are ready to receive true guidance." (20:82)

Four: The most important part of you will always be what's inside.
Teringat lirik lagu satu nasyid..
Bukan intan permata
Bukan paras rupa
Pandangan Tuhan pada manusia.
Beriman dan bertaqwa ,berakhlak mulia
Disisi Tuhan itu yang utama

Teringat suatu hadis pula..
Di saat Usamah, sahabat Rasulullah saw, membunuh orang yangsedang mengucapkan, "Laa ilaaha illallaah," Nabi menyalahkannya dengan sabdanya, "Engkau bunuh dia, setelahdia mengucapkan Laa ilaaha illallaah." Usamah lalu berkata,"Dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah karena takut amati."Kemudian Rasulullah saw. bersabda, "Apakah kamu mengetahui isi hatinya?"

Apakah adil utk manusia mengadili seseorang yg mengaku dirinya telah bertaubat (kecualilah kalau amalnya bertentangan dgn perbuatannya). Kadang-kadang kita sukar menerima perubahan seseorang kerana kita mengetahui history mereka... zaman hitam mereka. Kita tidak percaya mereka telah berubah dgn sebenar-benarnya, kerana dahulunya mereka teruk. Namun hidayah itu milik Allah swt, dan Dialah yg memberinya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Oh.. Tuhan yang Esa
Pada-Mu kami panjatkan doa
Moga dipeliharakan ditetapkan iman
Dunia ini penuh cabaran
Oh Tuhan yang Esa
Untuk-Mu kami tempuh segala
Pandanglah dengan rahmat-Mu
Pandangan kasih-Mu
Pimpinlah kami jalan bahagia
Selamanya




Five: On every surface you are used on, you must leave your mark. No matter what the condition, you must continue to write.
Seorang dai'e hendaklah meninggalkan bekas-bekas keimanan dalam jiwa setiap insan yg ditemui sepanjang perjalanan dakwah yang jauh ini. Betapa payahnya perjalanan, betapa byk mehnah yg perlu ditempuhi, seorang daie perlu tsabat... teruskan usaha ... teruskan meninggalkan bekas-bekas keimanan dalam jiwa insan-insan yg memerlukan. Kalau dlm marketing, marketers cannot create a need but can identify a need which isnt known yet. Jiwa-jiwa insan sgt memerlukan Islam sebagai penyelamat keadaan, sungguhpun mereka sendiri belum mengetahuinya lagi. Para daie hendaklah mengenalpasti keperluan ini dan setiap jiwa dan mengexploitkannya , dan pada masa yg sama, promotekan Islam kepada mereka. Kadang-kadang, bukan mereka tidak mahu, cuma mereka tidak tahu. Para daie hanya boleh berusaha. Mereka tidak dipertanggungjawabkan di atas natijahnya, sebab hidayah itu hanya milik Allah swt .

Kena jugak check hati masing-masing, samada Rasulullah saw telah berjaya leave his footprints in our hearts... atau setakat di minda sahaja. Kalau kita nak baca dan menghayati Al - Quran sebagaimana kita menghayati lagu cinta apabila tgh bercinta, maka hendaklah kita hidup sepertimana kehidupan sewaktu Quran diturunkan. Maka utk menghidupkan kembali kegemilangan Islam, hendaklah dihidupkan kembali sejarah kegemilangan Islam, menghidupkan kembali dakwah.
Continue to write Islam in the hearts of mankind...
Hayya, ala barakatillah !

The pencil understood and promised to remember, and went into the box with purpose in its heart.
When thy Lord drew forth from the children of Adam from their loins their descendants and made them testify concerning themselves (saying): "Am I not your Lord (who cherishes and sustains you)?" They said: "Yea! We do testify!" (This) lest ye should say on the Day of Judgment: "of this we were never mindful." (7:172)

Now put your self in the place of the pencil. Always remember these five things and never forget, and you will become the best person you can be.
Insya allah.

Kata Syaque , manusia hanya pelakon semata-mata di dunia. Namun mereka tidak tahu apakah role yang bakal mereka mainkan, dan penghujung mereka. Namun, apabila mereka biarkan hidup mereka diatur oleh Allah's invincible hand , maka they will make the most out of their life (dy/dx = 0). Namun "most out of their life " ini adalah melalui kaca mata Al-Quran, dan bukan neraca sementara ciptaan insan. Kadang-kadang ujian yg diturunkan berupa rahmat dari pandangan Allah swt, namun manusia yang lemah keyakinannya akan menjadikan ujian berkenaan sbg pelemah semangatnya. Sedangkan segala musibah yg berlaku merupakan pembersih dosa. Manusia memohon kepada Allah swt supaya dikurniakan rahmat dan dihilangkan kesukaran, sedangkan melalui kesusahan itulah Allah menghantar rahmatnya.

Wallahu'alam.