Wednesday, August 31, 2005

Kata-kata Zainab Al Ghazali...

Eric Bae memberi masa kepada kelas utk berbincang soalan tute sama2 sebelum dia suruh present. Ana terus menggapai buku "Hari-hari dalam hidupku" dalam poket jaket ana. Handy sungguh buku kecil tu, boleh dimuatkan dlm poket. Boleh baca bila2.

Ketika semua orang tgh sibuk membincangkan soalan2 tute, ana sibuk pula menghayati buku berkenaan. Bukannya ana malas...ana dah siapkan soalan2 tute sblm masuk kelas... …ana sudah siap print program code dan bawa ke tutorial.

Dada ana sebak dan hampir mengalirkan air mata ketika membaca kata2 Zainab Al Ghazali kepada suaminya.

Zainab Al Ghazali: Ketika kita sepakat utk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yg saya katakana kepadamu tempoh hari?

Suami: Tentu saya ingat, kau majukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang saya khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan si zalim itu (Jamal Abdul Nasser).

Zainab Al Ghazali: Saya masih ingat benar apa yg saya ucapkan kepadamu, iaitu:

Engkau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana engkau sudah menyatakan persetujuan utk mengahwiniku, maka wajiblah aku utk mngungkapkan kepadamu dengan harapan agar engkau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu. Tanggungjawab berat yg aku pikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jemaah Assayyidat Al-Muslimat.

Saya yakin sekali akan kebenaran misi IM, hubungan saya dgn Mustafa An-Nahhas Basya hanyalah persahabatan peribadi saja. Namun dengan Hassan Al Banna saya sudah menyatakan baiah utk rela mati di jalan Allah. Dan saya tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Saya yakin bahawa mmg suatu waktu saya akan jauh melangkah di medan dakwah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri. Dan apb yg demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang dakwah dan rintangan utk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.

Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu. Lalu kamu berkata , “ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”. Namun saya tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yg biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang saya utk menunaikan tugas di jalan Allah….

Sebelum tewasnya Hasan Al Banna, aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang dakwah. Dan kini bukanlah maksudku utk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya utk meminta syarat darimu agar engkau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahidin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan. Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yg sudah menyerahkan dirinya utk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara islam yg sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan bertembung dengan kepentingan dakwah kepada Allah, maka perkahwinan akab erhenti dan kepentingan dakwah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…”

Apakah kau masih ingat?

Suami: Ya.

Zainab Al Ghazali: Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jagan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi amtara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik amalku ini.

Aku menyedari bahawa memang hakmulah utk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung.



Subhanallah.. kata2 Zainab begitu menyentuh hati ana.. menaikkan semangat jihad..
Sehinggakan ana dapati diri ana membaca kata-kata agungnya itu berulang2 kali .. dan sampai sekarang ana masih tidak puas lagi membacanya. Ana pun bercadang utk berkongsi dengan sahabat2 ana kata2 agung ini… =)

Tuesday, August 23, 2005

Flashback...

Baru balik dari uni. Masih ada stamina utk baca buku lagi sungguhpun kelas sampai pukul 5pm hari ini. Ana mencapai buku ... dan mula membelek. Entah mengapa, tiba2 ana peka dengan keadaan di sekeliling. Sungguhpun rumah ini telah ana anggap sebagai rumah sendiri, dan menghabiskan masa hampir setiap hari di sini.. namun hari ini nampak lain.

Suatu topik tiba2 dibangkitkan oleh sahabat ana. Ana terdiam. Macam2 gambaran tiba2 sahaja muncul dalam kepala ana. Gambaran2 yg mengingatkan ana kepada zaman jahiliyyah. Ana begitu senyap sewaktu perbincangan topik berkenaan. Ana tidak sedar bila ia selesai. Fikiran ana masih melayang.

Teringat pula kepada suatu hadis.. hadis rasanya. Hadis itu mengatakan bahawa ada beberapa ciri orang yg mantap imannya..dan salah satu daripadanya adalah dia benci utk kembali kepada jahiliyyahnya, sebagaimana dia benci utk dicampakkan ke dalam api neraka.

Ya Allah, thabatkanlah ana di jalanMu..

Fikiran ana masih melayang. Ana tidak menghiraukan apa2 di sekeliling ana. Ana cuba menganalisa faktor2 yg contribute kepada zaman jahiliyyah ana... ana leka seketika.

Lamunan ada dikejutkan oleh bacaan surah Al Fajr. Hati ana tenang seketika sambil cuba menghayatinya. Itulah mukjizat Al Quran, sungguhpun ana tidak pandai berbahasa arab, namun ia masih memberi kesan di jiwa. Subhanallah..

Lamunan ana berhenti setakat itu sahaja. Ana kembali kepada membelek2 buku.. dengan suatu kesimpulan di minda. Tiba2 sahaja ana teringat kepada Khalifah Omar b Al Khattab. Sungguh tidak adil sekiranya kita menilai seseorang ketika zaman jahiliyyahnya.., buatlah penilaian dari saat hamba Allah itu menerima islam sepenuhnya.

Thursday, August 04, 2005

Teman sejati...

Adakalanya hak sahabat tidak ditunaikan... dengan alasan sibuk dgn dakwah.. ziarah adik2lah.. tak sempat nak pulang ke rumah utk masa yg lama... seringkali juga menjadi fitnah.. fitnah seorang dai'e .. "Asyik keluar berdakwah, tp x ingat kat rumah.."...kata-kata yg pernah ditutur oleh seorang sahabat, yg hampir merobek jiwa ana... mungkin expectation yg telah ana berikan kepadanya sgt tinggi.. atau memang ana sendiri mengabaikan hak2 di rumah.. mulalah syaithan membisik ... apakah definisi hak rumah... hak sahabat... rasa tidak puas hati mula timbul.. ana menyangkal balik kata2 itu... itu tidak boleh dijadikan alasan semata2 utk keluar berdakwah...

Sejak hari itu, ana start bahagikan masa utk menunaikan hak kepada insan2 yg hadir dlm hidup ana. Namun, tidak dpt dinafikan.. mmg kadangkala.. mungkin seringkali juga... maslahah yg lebih besar timbul.. yg membuka pintu kepada fitnah berulang2 kali...

Dalam kekesalan, dan keinsafan... dgn keazaman utk membetulkan kembali keadaan.. dlm keadaan yg berpelukan... ana melahirkan kemaafan... bg hak2 yg selama ini kurang tertunai... seorang hamba Allah muncul dgn kata2.. "Hak ana terhadap enti adalah satu sahaja... teruskanlah perjuanganmu.. kata2 ini lahir dari hati yg ikhlas... ingatlah sampai mati.."

Lagu teman sejati 2005 berkumandang dgn kuat di rumah ... ana imbas kembali memori itu... lalu berlinanganlah air mata ... air mata terharu.. lahir drpd rasa kecintaan yg tulus... kecintaan fillah...lalu ana menaip suatu mesej kepadanya..

"Terima kasih di atas kata-kata ukhti tadi, teruskanlah perjuangan. Semoga kita ditemukan di jannah...bersyukurku kepada Allah kerana ditemukan dengan teman yg sejati.."