Tuesday, March 21, 2006

Lahawla wala quwwata illa billah...

Seseorang menjadi sibuk dengan apa yang menjadi agenda dalam hidupnya..

Apakah agenda dalam hidupku?
Benarkah risalah dakwah?
Buktikanlah..

Mujahadah...

Sunday, March 19, 2006

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2:216)

Allah swt sahajalah tahu apa yang terbaik untuk kita...

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. (2:286)

Mungkin ia tidak berlaku kepada kita, kerana Allah tahu kita masih tidak mampu memikul beban itu..

Bertambah sayangnya Allah kepada hamba-Nya, bertambah beratlah ujianNya kepadanya..

Mungkin pada sangkaan kita itu bukan terbaik, kerana kita mengukurnya mengikur neraca dunia, sedangkan Allah jualah penentu neraca yang sebenar...


Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (64:11)