Tuesday, November 23, 2004

Sahabat,
Apakah yang paling menyakitkan bagi seorang mujahid?
-----------------------------------------
Ketika panah menembus jantungnya!
Ketika tombak menusuk dadanya!
Ketika pedang merobek tubuhnya!
ketika peluru bersarang di kepalanya!
ketika kemiskinan mendera!
ketika kelaparan menimpa!
ketika siksaan tak habis-habisnya!
ketika dunia enggan mendekatinya!

bukan!
bukan itu sahabat...

semua itu hanyalah sekumpulan bunga-bunga
yang membentang sepanjang jalan mereka...
saat menyakitkan itu, adalah...
ketika ia tak mampu bekerja
untuk membuat Allah tersenyum padanya!!!

Wahai, para daie!
Bekerjalah kepada-Nya hingga Ia tersenyum kepadamu...
Berdakwah lah, kerana peperangan kita baru bermula..!!!


Wednesday, November 17, 2004

Sheikh Ahmed Yassin Quotes

"The Palestinian people have two choices; either they surrender or they continue to resist."

"They [the West] consider the stand of the Palestinian people, who defend themselves with stones and all other means, to be unjustified violence against the Zionists," he said.

"This is an awful misunderstanding of the conflict. The West demands from us that we stop the resistance. Instead of asking the occupiers to leave our land, they ask us to surrender to the occupier."

"Up to the moment, the position of Hamas is that Jihad is a strategic option that we will not deviate from, unless the Zionist entity agrees to a truce.

"As I see it, the entity was founded on oppression and the confiscation of land. Any entity which is based on oppression and land grabs is doomed for disintegration."

"If I am killed there will arise a thousand like me."

"They (the Zionists) should know that the battle will continue and that our people will hold them to account and make them pay the price of their crimes."

"The peace that reinforces occupation and settlement and the exiling of the Palestinian people, that is not really peace,"

"All the Zionist people are combatants in the field of battle".
"Those who do not wear a military uniform, male or female, have all been trained for battle. They are soldiers on call who will be called up when the time comes", he said, referring to the Zionists strict conscription policy.

"I believe our predicament is tough and calls for sacrifices and patience. But the future is on our side, God willing."

Semua kita mengetahui bagaimana jamaah Rasulullah [saw] yang kecil lagi tertindas diMekah, dengan berkat kesabaran, tsabat, dan kesediaan mereka untukberkorban dengan harta dan jiwa, akhirnya dimenangkan oleh Allah [swt],mengalahkan musyrikin, Yahudi, Parsi (Empayar Timur) dan Rum (EmpayarBarat) pada waktu yang singkat. Ini kerana kemenangan adalah datang dariAllah [swt], setelah sempurna sebab-sebabnya seperti iman yang benar, azam yangkuat dan pengorbanan yang tinggi dalam apa jua bentuk. skh.mustafa.masyhur


Sejadahku Biru was inspired.

Thursday, November 11, 2004

Janji Allah itu Pasti


Assalamualaikum wbt…

Dua paper dah berlalu.. tinggal 2 sahaja lagi. Suatu coretan hamba Allah yang ingin dikongsi bersama. Seminggu yang telah berlalu telah banyak mengajar ana tentang hazad deen. Ana mengaku masih banyak lagi ana perlu belajar di jalan ini. Seminggu yg lepas merupakan tarbiyyah yg hebat buat diri ana. Persediaan untuk subjek kritikal pada masa yg begitu singkat, merupakan lumrah seorang daie. Masanya lebih banyak diluangkan kepada mad’u2nya. Dgn pertolongan Allah swt, insya allah, semuanya akan berjaya.. namun, hanya setelah kita melakukan persediaan yang rapi, pertolongan Allah akan tiba.

Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Ali-Imran:200

Ada sesuatu yg ana perasan. Pertolongan Allah swt selalu tiba apabila sesorang mukmin berada dlm keadaan yg teramat sesak, dan kepada Dia sahajalah dia bertawakkal. Dan pada waktu itu Allah swt menunaikan janjiNya.

Teringat ana pada kisah Saad b Abi Waqqas, apb khalifah Umar menghantarnya utk mengetuai pasukan tentera masa Perang Qadisiyyah, melawan kerajaan Parsi. Setelah menghantar utusan ke Parsi, untuk memberi pilihan kepada pemerintah sama ada memeluk Islam, atau tunduk kepada kerajaan Islam dan membayar jizyah, atau bersedia untuk berperang, utusan kaum muslimin pulang dgn rasa hampa. Perang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Saad b Abi Waqqas amat sedih apabila diberitahu berita berkenaan, Pada waktu itu, beliau sakit tenat, dan hampir2 tidak boleh bergerak. Alangkah baiknya kalau perang dapat ditangguhkan seketika sehingga beliau pulih kembali ataupun ia berlaku lebih awal. Namun, ketetapan Allah telah pun berlaku dan Saad , dalam kesakitan yang teramat, memaksa diri bangkit dan memulakan ucapannya dengan ayat

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih". (Al-Anbiya’ 21:105)

Kemudian beliau solat zuhur dgn pasukan tentera pimpinannya, dan melaungkan “Allahu Akbar” empat kali, dan mengarahkan pasukan tenteranya dengan lafaz “Hayya ‘ala barakatillah, Mara, dengan barakah Allah”. Setelah pertempuran yg begitu hebat sekali, pasukan muslimin akhirnya menang.

Berbalik kepada cerita ana. entah mengapa, apabila tiba sahaja musim peperiksaan, ana sudah tentu jatuh sakit. Sahabat2 medic ana yg lain mendiagnose ana dgn immune system yg lemah, sesuatu yg ana akui. Peperiksaan kali ini bukan suatu exemption , sehinggakan ana tidak dapat puasa utk 3 hari disebabkan kurang sihat. Alangkah eloknya kalau ia dapat ditangguhkan sehingga ana benar2 pulih. Teringatkan kisah Saad bin Abi Waqqas, ana teruskan juga peperangan ana, dihiburkan oleh kalam Allah

“Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang yang beriman.” As-Saff : 13

Mungkin kerana terlalu memaksa diri, sakit ana lambat pulih, namun peperangan perlu diteruskan jua. Beberapa hari sebelum memasuki dewan peperiksaan, ana sempat mengadakan discussion dgn beberapa coursemate, dan subhanallah.. persediaan yg ana lakukan dlm masa yg singkat itu, mampu mengatasi persediaan mereka yg telah mereka lakukan, singguhpun keadaan mereka tidaklah begitu sesesak ana seawalnya. Dan beberapa jam sebelum memasuki exam hall, Allah telah menggerakkan hati seorang sahabat yg ana kurang kenali utk contact ana dan discuss beberapa soalan tahun2 lepas. Dan subhanallah, kebanyakan daripada soalan seakan-akannya keluar dlm paper.

Sesungguhnya janji Allah itu pasti.