Friday, December 03, 2004

Assalamualaikum wbt..

Sudah beberapa minggu ana menjejakkan kaki ke Malaysia. Entah mengapa ana rasa seolah2 hubungan ana dgn sepupu2 ana sudah mulai renggang. Namun ana juga terpaksa mengaku mereka juga sudah berubah. Byk sindiran juga yg ana tempuhi sepanjang tempoh ana di sini. Yang paling ana tidak dapat lupai ialah sindiran daripada seorang pakcik sendiri “How come my niece is disappearing?” . Dan sewaktu makan makan ketika ana duduk di sebelah pakcik berkenaan, dia nak placekan order minuman utk ana “Would u like beer?” . Ana melemparkan senyuman dan menolak dgn cara baik. Selama ini pakcik ana tak pernah buat begitu kat ana, sungguhpun beliau mmg membangkang ana menutup aurat sejak dahulu lagi. Ana tau dia buat begitu sebab tak tau macam mana lagi nak sindir ana. Mujurlah hanya dia seorang sahaja dalam seluruh ahli keluarga ana yg begitu. Sepupu2 saya dan makcik saya tidak pula berkata apa2. begitu pula dengan pakcik2 ana yang lain. Keluarga ana sendiri tidak ada masalah. Sungguhpun kadang kala keluar juga perkataan2 sinis daripada makcik2 ana, namun ana tak endahkan kata2 mereka.

“Berkat nikmat Tuhanmu, kamu sekali-kali bukan orang gila. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. Dan kelak kamu akan melihat dan mereka (orang-orang kafir) pun akan melihat , siapa di antaramu yang gila. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dab Dialah yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” Al Qalam :2-7

Teringat pula tazkirah yg diberi oleh kak yan sewaktu ramadhan hari tuh.. surah Al Furqan: 63

“Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata baik (dalam bahasa arabnya “Qolu: Salaama”). “

Anyway, semalam ana dan beberapa akhwat tersesat kat KL, punyalah susah nak cari jalan kat Msia nih, sungguhpun berbekalkan KLWay. Horrornya,..nak ke rumah sorang sister interstate kat Danau Kota… hamba Allah yg kasi directions tu suruh cari sign board “Jalan Genting Klang”..tup tup.. tgk2 jumpa signboard.. “Genting Highlands”. Huh, camne boleh jauh sgt nih.. patah balik..patah balik… takpe2..alang-alang keluar tu.. bersiar-siarlah sekali. Berguna sungguh skill 3 point turn yg dipelajari di Melbourne. Rasa macam dah terror dah jalan kat kl nih. Tapi agaknya kalau pergi sekali lagi tersesat jugak. Takpe2..pengalaman murabbi kehidupan.