Monday, June 13, 2005

khadijah1: askm apa khabar iman?
khadijah2: hehe..
khadijah2: iman br recover skit
khadijah2: sakit 2-3 ari ni
khadijah1: Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. 10:57
khadijah1: hehe
khadijah1: :)
khadijah1: moga enti jumpa penawarnya..
khadijah2 : hehe
khadijah2 : insyaALLAH
khadijah2 : im tryin
khadijah1: dekat2 exam nih...masa genting utk semua org.. kena elak drpd buat dosa.. nnt kita dihijab drpd barakah Allah disebabkan dosa yg tidak ditinggalkan..
khadijah1: nnt baca susah masuk,..
khadijah1: rasa malas.. tak efficient..etc
khadijah2 : hehe
khadijah2 : yup
khadijah2 : xpe
khadijah2 : sy da hadapi mslh ni dr dulu
khadijah2 : da get use to it

Teringat kata2 Umar Al Khattab kepada Saad bin Abi Waqas ketika beliau menghantarnya mengetuai pasukan tentera sewaktu Perang Qadisiyyah.

"Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan dari Allah SWT disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan...... Maka jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukn maksiat, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh...."

Bukanlah nak dikatakan kena elak drpd melakukan dosa sewaktu dekat2 exam sahaja.. itu kira hipokrit... point yg nak dibw adalah kita hendaklah sentiasa menjaga hubungan kita dgn Allah, agar apabila kita ditimpa ujian, nasr Allah akan sampai kat kita...dan takde apa2 halangan in between yg akan menapis/ melambatkan lagi proses berkenaan...mcm sisa2 jahiliyyah yg masih belum dibuang..takut2 sisa2 jahiliyyah berkenaan akan menyebabkan Allah swt masih murka kat kita.. dan takkan menghantar nasrnya atau memperkenankan hajat kita..

Macam kalau kita ada bos.. kalau ada hubungan baik dgn bos.. senanglah hidup kita.. nak mintak cuti ke.. Bagaimana pula nak adakan hubungan baik dgn bos? Kenalah selalu buat apa2 assignment yg bos kasi, dgn usaha yg terbaik.. akhir tahun nnt tgk2 kita dapat increment byk.. Allah melipatgandakan pahala kita.. sebab usaha kita.. "man ro ai minkum munkaran fabiyu ghayyirhu biyadih.." Jika aku (rasulullah saw) menyuruh kamu melakukan sesuatu, maka lakukanlah sedaya upaya kamu..

Apatah lagi kalau bos kita Allah swt yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... =)

Saturday, June 11, 2005

Ukuran-ukuran Allah berlainan dari ukuran-ukuran manusia, tetapi
manusia sahaja yang terkeliru dan tertipu apabila mereka menyangka
bahawa ukuran-ukuran merekalah yang menentukan hakikat-hakikat segala perkara. - SQ



"..Dan Allah swt telah meletakkan neraca keadilan. Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan.Dan buatlah pertimbangan yang adil, dan janganlah kamu menguranginya. .." Ar Rahman : 7-9

Hanya neraca Allah swt sahaja yg kekal.. neraca yg lain hanya bersifat fana..

Afalaa tatafakkarun..
Maka tidakkah kamu memikirkan...

Sahabat, dalam kemul tercari cari cahaya
Akhirnya kutemui nan ceria di raut wajahmu
Andai nya alam ini mampu berkata kata
pastilah pujian buat dirimu
di waktu itu aku lah yang bertuah
punya sahabat sepertimu

Sahabat kau bimbinglah menuju cahaya Ilahi ...
Sahabat aku lemah mengharungi ranjau .. dunia
sahabat aku ingin sepertimu dalam ketenangan menghadapi
hidup ini

Sahabat,bersyukur ku mengenali dirimu
kuharap kita kan terus bersama hadapi segala suka duka
moga kejayaan milik kita


Sahabat2 yang ku kasihi... tanpa hidayah Allah dan bimbingan tangan2 kasih sayang yang dihulurkan.. tidak dpt ku berdiri pada tempat ku hari ini.. oh dunia ini kelihatan sungguh luas dari sini... barulah aku mampu melihat dunia ini melalui kaca mata yg sebenar.. dr neraca langit... dan bukan neraca bumi.. sungguhpun kadangkala pandanganku kabur... dan ku memerlukan mata2 kalian sebagai petunjuk...

Sahabat2 yg ku kasihi... action speaks louder than words.. namun Rasulullah saw bersabda bahawa kalau kita menyayangi seseorang, maka kita perlu mengatakannya kepadanya...sungguhpun lisan perbuatan lebih fasih daripada lisanul qalam...

inni uhibbuki fillah ..